Assalam,, Pelembapan ultra. Sungguh melicinkan.
Bagaikan pelangi warna bagi bibirmu.
SAINS DISEBALIK PRODUK
• Bagaikan pelangi warna keremajaan bagi bibir. Mengandungi suatu kompleks yang mempunyai dua ramuan penentang usia —sejenis ekstrak daripada tumbuhan portulaca pilosa yang juga dikenali sebagai tumbuhan “kiss me quick” dan palmitoyl tripeptide-38. Kompleks ini mencergaskan penghasilan kolagen*, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam menyokong struktur kulit agar lebih tegang dan lengkap. Ia juga mencergaskan penghasilan asid hyaluronik* aquaporin
3* (AQP3). Asid hyaluronik penting untuk mengekalkan tahap lembapan kulit. AQP3 adalah sejenis protein yang membina “saluran” untuk menyalirkan air ke tempat yang memerlukan, lantas menghidratkan kulit. Pengekalan tahap lembapan kulit menggalakkan kesan montok untuk bibir yang kelihatan lebih penuh. *Berdasarkan ujian dalam vitro pada bahan-bahan utama.
Selain itu, True Dimensions™ Lipstick mengandungi:
• Kompleks Penentang Usia (Ekstrak tumbuhan Portuluca Pilosa dan Palmitoyl Tripeptide-38 – Membantu mencergaskan penghasilan kolagen*, asid hyaluronik* and aquaporin 3. *Berdasarkan ujian dalam vitro pada bahan-bahan utama.
• Vitamin E (Tocopheryl Acetate) – Sejenis antioksidan berkuasa yang melindungi bibir daripada radikal bebas dan kerosakan alam sekitar.
• Sunflower Seed Oil, Jojoba, Mango Butter — Suatu campuran yang bahan-bahan berkhasiat oleh kuasa alam semulajadi, dan juga dikenali untuk manfaat pelembapnya.
No comments:
Post a Comment