Showing posts with label KURSUS & PROGRAM. Show all posts
Showing posts with label KURSUS & PROGRAM. Show all posts

May 24, 2015

Kursus Bisnes Ethik, Personality dan Protocol anjuran MARA Negeri Kedah

Assalam, Alhamdulillah diberi peluang menyertai kursus Bisnes Ethik, Personality dan Protocol anjuran MARA Negeri Kedah di Langkawi pada 21- 23 Mei 2015 yang lalu. Sangat gembira dapat bertemu dengan Usahawan-Usahawan daripada pelbagai bidang.

Actually dah beberapa kali ke Langkawi so takde la teruja sangat, hahahhaa... cuma yang best sebab kali ni pergi bersama rombongan mak jemah so sangat-sangat fun dengan pelbagai kerenah, keletah.. Walhal semua kawan baru tp akrab macam adik beradik! Nak celoteh banyak pun idea kering, so uols jamu je lah mata tengok pic iols ni ye,, banyak lagi pic nanti ann kongsikan lagi.

Diharap pihak MARA Negeri Kedah akan menganjurkan lagi kursus lain untuk membantu para Usahawan seperti kami untuk memperbaiki diri juga memperhebatkan personality masing-masing. 



Sebelum menaiki feri di Kuala Kedah.

Pemandangan pagi sepanjang perjalanan dari rumahku ke Jeti Kuala Kedah.

Tiba di tempat penginapan

Penceramah kami Datin Ira Ghani

aktiviti malam selepas kelas

Pantai Chenang

sebelum naik van pun sempat posing ok!

tengok adik comel belakang tu jual gigi..hahahhaa

Alhamdulillah, Sijil tamat kursus diserahkan oleh Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah



May 19, 2015

GROOMBIG Internet Entrepreneurship Program di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah Ann terpilih meengikuti program ini selama 3 hari, Program GROOMBIG ini anjuran TERAJU kerjasama MDEC dan Innovasia. 




Sambutan Hari Ibu di Emerald Puteri Hotel Sungai Petani, Kedah Malaysia.

Assalam, sambutan Hari Ibu yang di sambut meriah di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani Kedah Malaysia yang lalu sungguh meriah. Ann juga diberikan tugas oleh pihak FAMA untuk memberi beberapa buah MOKLA Hamper untuk dijadikan hadiah kepada tetamu. Di bawah adalah beberapa hasil MOKLA Hamper yang telah di sumbangkan kepada pihak hotel. Sebarang tempahan, sila hubungi Ann 0123010699 ye. Harga mengikut budget anda dan semua adalah produk-produk Usahawan IKS.


Bunga rose segar sebagai hadiah buat ibu




May 18, 2015

Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan Negeri Kedah

Assalamualaikum, aktiviti 15 Mei 2015, Pagi Jumaat seperti biasa acara senamrobik di depan rumahku, di Taman Lembah Bujang, Start 0800- 0915 pagi, After that balik rest, then bersiap ke Alor Setar untuk temujanji bersama General Manager The Regency Hotel, hari ni bawa anak-anak bersama sebab after meeting nak pergi Festival Hari Guru di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti. Pelbagai aktiviti di Festival tersebut, tak larat nak tulis. yang paling best dapat berjumpa ramai rakan-rakan berniaga. Pelbagai produk Usahawan IKS di pamerkan. Setelah seharian berjalan kami pun pulang, sebelum itu sempat lagi tapau burger di Taman University, Semeling. Rakanku juga, memang superb la burger dan roti john beliau, uols wajib try!

Sampai rumah anak-anak pun sudah keletihan, kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan kan. Walaupun hakikat sangat letih melayan anak-anak tapi aku seronok bila anak-anak depan mata. Kalau boleh kemana-mana nak bawa anak-anak bersama.



Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan Negeri Kedah.

The superb burger and roti john



Jemput join kami setiap JUmaat

May 7, 2015

JOM Sihat bersama kami di Taman Lembah Bujang, Merbok Bedong Kedah

Assalam, Di jemput semua wanita yang berdekatan menyertai acara senamrobik bersama kami, tenaga pengajar daripada Persatuan Kecergasan Kuala Muda Kedah. 



May 6, 2015

GroomBig Internet Entreprenuership di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Assalam, pertama kali menjejakkan kaki ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ini sungguh teruja, dekorasi di dalamnya sangat menarik. Dengan pancaran cahaya lampu yang indah, sejuk mata memandang. 
Sebenarnya Ann kesana tadi kerana menghadiri seisi taklimat dan interview program GroomBig Internet Entrepreneurship kerjasama bersama Syarikat Innovasia. So terpilih atau tidak kita tunggu la jawapannya ye. Harap-harap terpilih sebab Ann memang nak belajar lebih lagi tentang pemasaran Internet ni.




Karnival SME Thailand Malaysia, Alor Star Kedah Malaysia.

Assalam, Karnival SME Thailand Malaysia telah diadakan di Jalan Suka Menanti, Alor Star Kedah. Ann sempat meluangkan masa bertemu sahabat-sahabat Usahawan yang menyertai karnival tersebut. Banyak lagi gambar menarik yang akan Ann kongsikan ye. 

Sememangnya karnival seperti ini sangat membantu Usahawan SME memperkenalkan produk atau servis disamping mengeratkan serta menjalinkan hubungan perniagaan bersama.



Kenal tak?


Apr 22, 2015

PRA - Pelancaran Latihan dan bimbingan intensif perniagaan INSKEN 500 kerjasama bersama Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK)

PRA-PELANCARAN LATIHAN DAN BIMBINGAN INTENSIF PERNIAGAAN 
PRE-LAUNCHING OF INTENSIF BUSINESS TRAINING AND COACHING

PERASMIAN OLEH
YAB DATO'SERI MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH
di DEWAN SERI MENTALOON, ALOR STAR
"5 MODAL BISNES"
"BERENANG BERSAMA JERUNG"

Program ini kerjasama diantara INSKEN dan Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK)


Bersama YAB Dato' SEri Mukhriz bin Tun Mahathir

Bersama YAB Dato' Suraya Yaacob

bersama rakan kak Liza dari Jitra.

Apr 21, 2015

Kedah Halal Park, Sungai Petani Kedah

Pada sebelah petang pula kesemua Usahawan tersebut dibawa ke Kedah Halal Park untuk seisi taklimat dan suai kenal produk bersama Usahawan IKS Kedah,

Antara produk usahawan Kedah yangdi pamerankan adalah seperti - ketupat frozen, simpul kasih, mayonis, perencah ikan bakar, rempeyek, belacan, sambal itam, tepung kek premix dan banyak lagi.
Kalau ada kawan kawan yang berminat boleh hubungi 0123010699 dan saya akan hubungkan dengan usahawan yang berkenaan.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.
Insha Allah walaupun program sekejap sahaja, sempat membincangkan beberapa projek kerjasama yang akan dijalankan seawal bulan hadapan.
Syukur alhamdulillah.
Terima kasih untuk semua yang terlibat termasuk pihak pengurusan Kedah Halal Park yang menyediakan tempat yang sangat best.









Lawatan ke Kilang Go Auto Manufacturing Sdn Bhd di Gurun Kedah Malaysia.

Assalam, pada 20/4/2015 saya mendapat jemputan melawat ke sebuah kilang pembuatan food truck iaitu Go Auto Manufaturing Sdn Bhd di Gurun, Kedah. 

Lawatan tersebut anjuran Koperasi Kuala Muda, Kedah membawa sekumpulan usahawan daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor. Selain dari lawatan pihak penganjur juga mengadakan sessi business matching untuk menjana pendapatan usahawan IKS di sini. Sewaktu di kilang Go Auto saya menyaksikan 20 buah food truck terjual dan 1 buah food truck (siap dengan aksesori) yang dilelong dengan harga RM12,000 direbut oleh peserta dan dibayar secara tunai.

Tentu anda teruja dan terpegun melihat food truck ini di reka khas mengikut perniagaan anda, sudah pasti anda juga ingn memilikinya juga! Dengan adanya food Truck seperti ini lebih memudahkan anda menjalankan perniagaan kemana-mana sahaja.
Banyak lagi sebenarnya tawaran istimewa oleh kilang yang tamat semalam. Alhamdulillah, banyak manfaat dan kelebihan bila berurusan dalam kumpulan.
Adakah kumpulan anda berminat untuk membuat program yang sama? Jika ya, sila hubungi 0123010699 untuk saya berikan maklumat lanjut 



Apr 14, 2015

Senamrobik Fasa 3, Taman Lembah Bujang, Merbok Kedah Malaysia.

Cara mudah untuk membakar kalori

Ya, senaman aerobik adalah satu cara yang mudah untuk membakar kalori kerana apabila melakukannya, pergerakan yang diiringi muzik akan mengalihkan fokus minda kita kepada satu keadaan menenangkan dan mengelakkan kita daripada bosan.
Oleh itu, apabila kita kerap melakukannya, ia menjadi lebih mudah untuk badan membakar kalori berbanding larian mahupun aktiviti lain.
Muzik yang mengiringi senaman aerobik juga terbukti salah satu cara untuk menghilangkan tekanan yang kita alami seharian. Percayalah, apabila kita tidak bosan melakukan sesuatu senaman sebab kita gembira melakukannya, ia akan memberi semangat kepada kita untuk meneruskan senaman dan sekali gus menurunkan berat badan.



Mar 25, 2015

Bengkel Jom Niaga Online anjuran Pusat Internet Desa.


Bengkel Jom Niaga Online di Kompleks Ureka USM Penang pada 25 Mac 2015 jam 8:30pg - 5:30ptg anjuran Pusat Internet Desa kerjasama PDC.





Mar 13, 2015

Rebranding your beauty Salon to a Spa Bussines

Assalam..
Selesai Program 'Rebranding Your Beauty Salon to a Spa Bussiness' bersama usahawan salun kecantikan dan spa dengan kerjasama MPC & PDC. Jutaan terima kasih kepada pihak pengajur kerana menganjurkan program sebegini.

Sungguh banyak ilmu dan pengetahuan yang Ann perolehi disini sepanjang 2 hari. Diharap pihak MPC & PDC akan menganjurkan program-program lain pula.

Bersama Puan Norliza Othman Pengerusi AMSPA dan Pemilik Teratak Spa



Presentation tentang diri dan misi masing-masing

Selepas malis penyerahan sijil penyertaan.