Apr 20, 2013

Kenali kulit anda


KULIT

Apa yang paling menarik tentang kulit ialah ia sentiasa memperbaharui secara semulajadi ia terdiri daripada;
·         Lapisan Epidermis – mengurangkan kadar kehilangan kelembapan dari lapisan bawah.  Mengandungi sel yang mengeluarkan pigmentasi yang memberikan kulit warna dan juga menyumbangkan ketidaksempurnaan warna kulit.
·         Lapisan Dermis – Lapisan dalam kulit.  Terdiri daripada kolagen dan fiber elastin yang menyokong komponen-kompnen penting kulit kita. Apabila lapisan ini mengalami hidrasi, kulit akan kelihatan lebih kental.

Apakah jenis Kulit Anda?

Kulit Kering
Kulit kering dicirikan oleh pori kecil dan wajah suram dengan sedikit atau tanpa sebarang minyak atau sinar kulit permukaan..  Garis ekspresi mudah terbentuk pada kulit kering. Kulit kering boleh terjadi pada wanita yang tidak melindungi kulit mereka daripada unsur diluar rumah.  Kulit seperti ini menjadi kasar dan mungkin mengelupas atau merekah.

Untuk kulit kering; produk Mary Kay;
·         Membersih secara lembut tanpa terlampau mengikis
·         Melembut, melicinkan dan mengembalikan lembapan yang diperlukan
·         Menjadikan garis-garis kurang ketara serta mengurangkan pengelupasan.


Kulit Normal
Kulit normal ialah kulit yang kelihatan sihat dengan tekstur yang licin.  Ia mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan atau pori tersumbat. Dengan penjagaan yang rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia yang lanjut.

Untuk kulit Normal, produk Mary Kay;
·         Mengekalkan keseimbangan lembapan kulit yang sihat dan berseri-seri
·         Memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya bersih dan segar.


      Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi ialah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin dan sedikit berminyak di kawasan zon T.  Dengan sedikit tanda kekeringan di bahagian pipi dan bahagian sisi luar muka.  Jika dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia yang lanjut

Untuk kulit Kombinasi; produk Mary kay;
  • Membantu mengawal minyak berlebihan di Zon T
  • Mengecilkan pori dan melembabkan kawasan kulit yang kering

Kulit Berminyak
Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan, menyebabkan kulit kelihatan berkilat. Kadang-kadang muka menjadi berminyak atau melekit hanya beberapa jam sahaja selepas dicuci.  Ia juga dicirikan dengan pori yang kasar, lebih mudah ditumbuhi jerawat, pori tersumbat dan mudah tercela.  Kulit berminyak tidak mudah berkedut berbanding kulit kering.  Jumlah minyak yang banyak membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi air dan melindungi kulit daripada kekeringan punca persekitaran.

Untuk Kulit berminyak; produk Mary Kay;
·         Membantu mengawal minyak di permukaan kulit, menjadikanya licin dan tampak berseri
·         Membersihkan kotoran dan himpunan minyak pada pori terbuka secara mendalam.
·         Membantu mekap kekal segar lebih lama.

Untuk ketahui Produk Mary Kay yang sesuai untuk anda, sila hubungi saya! anda boleh mendapat konsultasi dari saya secara pecuma dan anda boleh mencuba dahulu produk sebelum membuat belian.. Selamat datang ke dunia kecantikan..!! sila hubungi saya di nombor 012-3010699

No comments: