Apr 20, 2013

7 Sebab Mengapa Kulit (masih) Tidak Cantik


Kita sudah pun menggunakan segala macam krim-krim yang dijual di kaunter, sudah membelanjakan wang yang banyak bagi memanjakan dan membelai diri, namun hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan. Kulit masih tidak kelihatan berseri, malah nampak kusam dan tidak bermaya. Adakah janji-janji yang diberikan itu hanya kata-kata manis sahaja?

Cuba lihat 7 sebab yang disenaraikan di sini. Adakah ia mewarnai corak kehidupan kita selama ini?

1. Kurang tidur
Tidur yang cukup penting untuk kulit kita. Ini adalah kerana semasa tidur, enzim-enzim yang bertugas membaikkan bekerja memperbaiki kerosakan, mengurangkan toksin dan menghantar nutrien ke sel-sel tubuh.

2. Kurang bersukan
Bersukan bukan hanya baik bagi tubuh, tetapi juga menjadikan kulit berseri kerana aliran darah ke seluruh tubuh dan kulit menjadi lebih efisyen.

3. Mengambil lemak yang terlalu rendah
Terlalu kurang makan makanan berlemak boleh menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan rambut bercabang. Kita boleh mengambil lemak nabati (lemak daripada tumbuh-tumbuhan) bagi mendapatkan kulit yang cantik tanpa memudaratkan bentuk dan kesihatan tubuh.

4. Tidur tanpa membersihkan mekap
Mekap yang tidak dibersihkan akan menyumbat pori, menumbuhkan jerawat, dan nampak tidak selesa di mata. Kulit memerlukan waktu untuk memperbarui sel-sel. Apabila pori-pori tersumbat, proses ini menjadi terhambat, sehingga menjadikan kulit kusam.

5. Menggunakan alat kecantikan yang kotor
Span atau berus bedak yang kotor akan menumpukkan kuman pada kulit wajah dan menumbuhkan 
jerawat. Bersihkannya dua minggu sekali dengan menggunakan air suam-suam kuku.

6. Menggunakan kosmetik yang tidak sesuai
Kebiasaan memakai kosmetik sentiasa, mengambil kosmetik dengan jari atau memasukkan kembali sisa kosmetik yang berlebihan ke dalam bekas dapat menyebabkan jerawat dan radang kulit. Jadi, buang semua produk yang sudah berubah warna, tekstur dan aromanya. Biasakan diri menyentuh produk dengan menggunakan putik kapas. Atau tuangkan sedikit ke telapak tangan sebelum dioleskan ke wajah. Saya gemar memicit sedikit mekap atau pelembap ke belakang tangan sebelum menculitnya ke wajah. Kemudian saya sapu baki bahan itu ke wajah atau menyapunya ke seluruh tangan.

7. Mandi lama dengan air panas
Walaupun mandi dengan air panas amat menyenangkan, namun ia menjadikan kulit kering. Cukuplah mandi hanya selama 3 minit dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas. Gunakan pelembab segera selepas mandi bagi mencegah kulit daripada menjadi kering.

No comments: