Mar 22, 2013

PRODUK KOSMETIK BERBAHAYA

Setiap wanita impikan kulit yang halus, gebu dan cerah kerana ianya akan menyerlahkan kejelitaan seseorang dan tampak lebih menawan.  Tidak hairanlah jika wanita akan mencuba pelbagai jenama produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan kulit gebu dan licin, putih, menanggalkan bintik hitam, jerawat, jeragat, kedut dan sebagainya. Banyak wang ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini. Tetapi malangnya di dalam beberapa kes, muka bukan bertambah cantik tetapi menjadi rosak, lebih teruk dari yang asal. Dan yang lebih malang lagi kesihatan diri terjejas. Semuanya ini memang berlaku setiap hari kerana ketidakprihatinan pengguna memakai produk kecantikan yang tidak mendapat KELULUSAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).   

Soalan : WALAUPUN DIHARAMKAN OLEH PIHAK KKM, KENAPAKAH PRODUK YANG MENGANDUNGI RACUN MASIH MENJADI PILIHAN RAMAI?
Jawapan : Sebab-sebab utama kenapa produk beracun digemari adalah : 
Produk yang mengandungi racun memberi kesan yang lebih cepat untuk memutih, menghilang jeragat, jerawat dan sebagainya. (hari ni pakai semalam nak cantik!!!) Pengguna yang tidak sabar pasti menyukai kesan yang cepat begini. Tetapi mereka tidak tahu, risiko kerosakan pada wajah dan kesihatan adalah sangat merbahaya.
Harganya lebih rendah kerana bahan yang tidak berkualiti.
Terpengaruh oleh iklan palsu yang hebat.
Pengguna tidak tahu (naif) bahayanya racun dalam kosmetik.
Sikap mengambil mudah untuk menjadi cantik di dalam jangkamasa yang pendek.


Soalan : KENAPAKAH PRODUK BERACUN MEMBERI KESAN YANG LEBIH CEPAT DARI PRODUK YANG DILULUSKAN OLEH KKM?
Jawapan : Kerana produk beracun menggunakan bahan aktif peluntur (baik pakai clorox je kat muka kan... lagi murah & cepat hasil...) yang kuat seperti hidrokuinon dan raksa yang bersifat menghakis/menipis.

Soalan : APAKAH KESAN-KESAN YANG BERBAHAYA TERHADAP PENGGUNA APABILA MEMAKAI PRODUK KECANTIKAN YANG MENGANDUNGI RACUN-RACUN TERSEBUT?
Jawapan : Kesan-kesannya amat menakutkan sekiranya anda sedar dan prihatin terhadap kesihatan. Secara amnya, bahaya racun-racun tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:
HIDROKUINON 
Iaitu racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi. Ia sebenarnya bahan peluntur filem, getah, rambut dan sebagainya. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis) dan menghalang pembentukan melanin. (Melanin adalah pigmen pada kulit sebagai pelindung yang berwarna gelap/coklat). Penghakisan melanin dengan cepat menyebabkan muka menjadi putih manakala parut dan jeragat boleh hilang. Ini menyebabkan ramai pengguna tertarik. Pada peringkat awal penggunaannya, ramai pengguna terpedaya kerana kulit menjadi putih dan jeragat boleh hilang. Sebenarnya  kulit yang putih oleh hakisan hidrokuinon tidak akan kekal lama kerana kulit muka akan kembali kepada warna asal oleh proses melanin tadi. Untuk terus kekal kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk berhidrokuinon dengan lebih banyak lagi.
Penggunaannya yang berterusan mengakibatkan muka menjadi semakin nipis dan sangat sensitif, kemerahan, rasa pedih dan kesan seperti terbakar. Kulit akan menggelupas dan lapisan melanin sebagai pelindung kulit akan terus terhakis. Ini menyebabkan kulit tidak ada lagi daya pelindung mengakibatkan ia menjadi terlalu sensitif pada cahaya matahari, debu, asap, kekotoran udara dan sebagainya. Pengguna pula terus terperangkap dan terpaksa menggunakan produk yang beracun kerana jika penggunaannya dihentikan, kulit akan menjadi lebih gelap/hangus.  Akibatnya penipisan kulit terus berlaku sehingga merebak pada lapisan kedua (dermis) yang mengandungi saluran darah. Pada tahap ini, sama ada hidrokuinon terperangkap  di bawah kulit yang mengakibatkan kulit berbintil hodoh atau lebih malang lagi jika ia dipam oleh jantung ke seluruh tubuh yang akan merosakkan ginjal. Secara ringkasnya kesan buruk sekiranya anda memakai produk yang mempunyai hidrokuinon adalah:
Kulit menggelupas, nipis, pedih, gatal, kemerahan dan sensitif. Jika tidak dirawat ia akan kekal menjadi hitam/gelap, bertompok dan kelihatan hodoh dan mudah terkena KANSER KULIT.

 Kulit yang nipis tidak mempunyai daya penahan, mengakibatkan wajah pengguna akan menjadi cepat tua.

HIDROKUINON yang menyerap ke dalam saluran darah memberi kesan pada pertuturan, pendengaran, muntah, renjatan otot, sakit kepala, sawan dan koma.
RAKSA/MERKURI. Iaitu logam berat yang sangat beracun. Seperti hidrokuinon, ia juga sebagai agen pemutih. Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana ia mudah terserap ke dalam saluran darah. Raksa boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak, memati sel darah dan mencacat janin.

TRETINOIN/RATIN-A. Ia digunakan untuk menghalang atau merawat jerawat. Ia juga sangat bahaya kerana mengakibatkan kulit kering, rasa seperti terbakar, kulit menggelupas, kemerahan, sensitif dan juga mencacat janin.

Soalan : BAGAIMANAKAH UNTUK MENGENALPASTI PRODUK YANG DILULUSKAN OLEH KKM?
Jawapan : Di bawah 'PERATURAN-PERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK 1984', semua produk kosmetik hendaklah didaftarkan dengan BIRO PENGAWALAN FARMSEUTIKAL KEBANGSAAN (BPFK), KKM untuk diuji dan disahkan selamat, berkesan dan berkualiti sebelum ianya dipasarkan kepada pengguna. Produk yang diluluskan akan diberi 'NOTIFICATION NOTE' pada setiap item sebagai contoh NOT12345678K atau NO PENDAFTARAN MAL. Nombor-nombor ini kebiasaannya tercatat pada setiap botol atau kotak pembungkus setiap produk. Jadi anda boleh memeriksa sendiri kesahihan produk dengan melayari www.bpfk.gov.my.  Produk yang beracun juga boleh dikenalpasti apabila toner atau krim pemutih atau krim malam berubah warna menjadi hitam/coklat tua.

Soalan : APAKAH BUKTI YANG BOLEH DILIHAT KESAN BURUK OLEH PRODUK  BERACUN/HIDROKUINON?
Jawapan : Anda sudah pasti biasa melihat wajah pengguna yang kelihatan lebih putih dari badannya. Ini adalah peringkat awal pada kerosakan wajah. Anda juga pernah biasa melihat wajah pengguna yang kelihatan gelap, bertompok dan kotor. Ini adalah peringkat kerosakan semakin serius yang agak sukar dirawat. Kerosakan-kerosakan pada wajah amat mudah dilihat oleh semua orang tetapi kesan buruk pada kesihatan dan kecacatan janin, walaupun ianya terbukti berlaku, hanya doktor yang dapat mengesahkannya.

Soalan : BOLEHKAH WAJAH YANG ROSAK OLEH PRODUK  BERACUN DIRAWAT DAN KEMBALI PULIH?
Jawapan : Ya, Boleh.

Soalan : APAKAH NASIHAT KEPADA PENGUNA?
Jawapan : Adakah anda sanggup menerima risiko kerosakan wajah? Semestinya tidak, kerana wajah adalah aset yang sangat penting pada setiap wanita. Anda pasti tidak mahu wajah menjadi rosak oleh apapun sebabnya. Oleh itu anda hendaklah berpengetahuan, prihatin dan berhati-hati terhadap kosmetik yang terdapat di pasaran hari ini. Rampasan-rampasan produk kosmetik yang dibuat oleh BPFK dari masa kesemasa, membuktikan memang terdapat produk kosmetik yang beracun di pasaran kita. Artikel ini boleh dijadikan panduan untuk anda menjadi pengguna yang bijak. Untuk mendapat maklumat tambahan, anda boleh menghubungi BPFK, KKM, bahan bacaan di pasaran, melayari Internet dan sebagainya. JANGANLAH TERPEDAYA DENGAN IKLAN-IKLAN YANG HEBAT. Dapatkan dulu pengesahan dari BPFK iaitu pada setiap item produk kosmetik sebelum anda menggunakannya.

sesetengah produk,bila di pakai pd kulit,,akan meresap masuk melalui salur darah,,terutama bila produk tu terlalu banyak bahan2 kimia,,bayangkan anda menyapu produk yg digunakan untuk mencuci filem kepada kulit anda,,bayangkan anda menyapu habuk kaca mentol lampu ke kulit anda...bayangkan produk tersebut mempeelingkan 7 lapisan kulit,,hinggakan melanin kulit pun jadi terlalu nipis,,sbb tu kulit cepat putih,,bayangkan cahaya matahari memantul terus pd dermis kulit,sbb 7 lapisan kulit dh x ada,bayangkan kerosakn pd dalaman kulit (maaf over,,psl dok study pasal kulit dgn doktor pakar ni,,sampai biul kepala,,bahasa saintifiknya,,tergeliat lidah)..jadi fikir-fikirkanlah





Nasihat : Anda hendaklah  bersabar untuk menjadi cantik dengan selamat.  Teruskan  memakai produk yang selamat sehinggalah wajah anda sembuh kembali. InsyaAllah. Dapatkan khidmat nasihat dari Pakar Perunding anda.

No comments: