Antara penyebab kulit kering secara ringkasnya, selain baka kita, gaya hidup dan keadaan semula jadi juga menjadi penyumbang utama kulit menjadi kering.
1) Cuaca (perubahan cuaca).
Walaupun negara kita cuacanya tetap hujan dan panas, tetapi jika kita sering berpanas, kulit tetap boleh menjadi kering. Apabila kita ke negara yang cuacanya panas, ataupun kering, boleh juga menyebabkan kulit menjadi kering. Jadi ingatlah, apabila kita keluar negara, sentiasa bawa losyen yang kaya dengan hidrasi ataupun air. Kadang-kala pelembap yang sesuai di negara kita, kurang sesuai di negara orang.
2) Mandi.
Kurangkan kekerapan mandi air panas, ataupun berendam dalam air panas. Terlalu lama mandi ataupun berendam menjadikan kulit kering juga. Bagaimana ini berlaku? Sebenarnya terdapat selapisan nipis minyak pada permukaan badan. Mandi atau berendam terlalu lama (sehingga kulit menjadi kecut) akan menyebabkan lapisan nipis minyak ini terbuang. Hasilnya - kulit menjadi kering.
3) Sabun.
Buih sabun juga antara penyebab hilangnya lapisan minyak itu. Gunalah shower gel ataupun shower cream yang melembapkan. Kini terdapat banyak dijual di kedai-kedai. Cari saja pembersih badan jenis ini yang membersihkan kulit serta melembapkan kulit.
4) Berus badan.
Terlalu kuat menyental badan dengan berus badan menyumbang kepada masalah kulit kering. Guna saja jari anda untuk menggosok badan. Elakkan berus badan ataupun kain jika mahu menyental badan. Jalan paling selamat, gunakan body scrub.
5) Sapu losyen badan sesudah selesai lap badan. Elakkan mengelap badan dengan menonyoh kain sal ke badan. Sapu lembut-lembut saja. Selepas itu, terus sapu losyen.
6) Faktor usia.
Semakin usia meningkat, kulit menjadi semakin kering. Ini satu masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi dapatkan penyelesaian seperti yang tertulis di atas.
7) Salah guna produk
Ini kerap berlaku kepada anda yang pernah menggunakan produk menghakis ataupun memutihkan kulit. Bahan kimia yang membolehkan perubahan kulit cepat licin dan cepat putih ini menjadi penyumbang utama keadaan kulit anda huru-hara, sekejap kering, sekejap berminyak.
Ini antara 7 sebab yang menyumbang kepada masalah kulit kering. Sebagai langkah pertama, anda hanya perlu ubah gaya hidup anda.
Saya sudi membantu dan memberi konsultansi percuma.
Hubungi saya 0123010699
No comments:
Post a Comment