Mar 22, 2013

INFO

KEGHAIRAHAN sesetengah wanita untuk memiliki kulit cerah dengan cara cepat 
menggunakan ‘kosmetik murahan’ menenggelamkan nasihat pakar kecantikan dan kesihatan, walaupun bahaya mengenai bahan terlarang sudah acap kali dibincangkan. Berbeza sama sekali dengan produk Mary Kay. Mary Kay tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan bahan-bahan terlarang yang berbahaya kepada kulit dan kesihatan anda kerana produk Mary Kay diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi. 
Keinginan menukar kulit wajah sebenarnya menunjukkan seseorang individu itu tidak yakin dengan diri sendiri. Jika anda menganggap kecantikan diukur pada warna kulit, bermakna tafsiran anda sangat sempit.

Kecantikan seseorang wanita tidak hanya terletak pada warna kulit atau tebalnya solekan di muka. Ukuran kecantikan sejagat membabitkan jati diri dan keperibadian mulia.

Bagaimanapun, bukan semua orang boleh menerima pendapat begini. Dalam satu kaji selidik oleh Synovate pada 2004, 61 peratus wanita dari lima negara iaitu Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan berkata, mereka tampak lebih muda jika memiliki kulit cerah.

Kaji selidik berkenaan juga mendapati, 50 peratus wanita Filipina, 45 peratus wanita Hong Kong dan 41 peratus wanita Malaysia menggunakan produk pencerah wajah.

Kenapa warna kulit kita berbeza-beza? Warna kulit ditentukan oleh penghasilan melanin pada lapisan sel bawah kulit. Lebih banyak melanin dihasilkan, kulit akan menjadi lebih gelap.

Tuhan tidak akan mencipta sesuatu tanpa fungsi tertentu dan melanin adalah daya pertahanan semula jadi untuk kulit terhadap sinar ultra lembayung dalam cahaya matahari.Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit.

Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik.
Sebelum anda mencuba mana-mana produk kecantikan, terutama jenama yang tidak pernah didengar sebelum ini, satu perkara perlu diingat iaitu anda memperjudikan bahagian paling penting iaitu muka untuk menerima apa jua kesan sampingan produk berkenaan.

Jadi sebelum melumurkan sebarang krim, tanya pada diri, sanggupkah anda menjadikan muka sebagai tempat ujian yang tidak pasti lagi kesannya?
Hidrokuinon sebenarnya bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif melunturkan warna rambut.

Walaupun diharamkan, masih ada sesetengah pengeluar tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan menggunakan bahan aktif berbahaya seperti monobenzil dan monometil hidrokuinon, raksa, asid askorbik dan peroksida dalam produk mereka untuk membolehkan pengguna melihat kesan cepat seperti diharapkan kebanyakan wanita.

Baik hidrokuinon atau raksa, kedua-dua ada bertindak dengan cara lebih kurang sama. Pada peringkat awal penggunaan, kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin.

Melihat kesan diharapkan, ramai wanita menganggap ia produk baik dan terus menggunakannya bagi mengekalkan kecantikan yang baru dimiliki. Di sinilah bermulanya masalah mereka. Hidrokuinon atau raksa yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan sinar ultra lembayung (UV) dan berlakulah proses pengoksidaan semula.

Mungkin ada yang tidak faham proses pengoksidaan ini. Ada cara mudah untuk memahaminya. Hiris sebiji epal dan biarkan ia seketika. Selepas beberapa minit anda lihat epal bertukar menjadi coklat. Ini bermakna proses pengoksidaan berlaku dan begitu juga yang terjadi kepada kulit anda.

Proses pengoksidaan semula menghasilkan lebih banyak pigmentasi dan mempercepatkan penuaan. Warna kulit menjadi tidak rata dan nampak ada kesan tompok hitam. Untuk membetulkan semula keadaan ini, lebih banyak hidrokuinon diperlukan dan proses sama akan berulang.
Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin bermakna kulit hilang daya perlindungannya dan sangat lemah. Ia sangat sensitif pada cahaya matahari dan lebih mudah mendapat kanser kulit.

Logam berat seperti raksa bukan saja merosakkan, tetapi berkumpul di dalam sel di bawah kulit dan boleh berpindah ke sel lain hingga sampai ke organ lain.
Pengumpulan raksa boleh menyebabkan keracunan hati dan kerosakan buah pinggang — dua organ utama yang bertindak sebagai penapis bahan toksik.

Seperkara yang perlu diingat, lebih cepat sesuatu produk itu mampu mencerahkan kulit anda, bermakna kepekatan bahan pemutih dalam produk itu lebih tinggi. 

Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:


  • Hidrokuinon — Menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik.
    Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.


  • Trietinon — Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.




  • Raksa — Kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.

    Pembelian produk kosmetik adalah satu pelaburan. Justeru, pastikan wang anda dilabur untuk produk berkualiti dan boleh dipercayai. Proses ini mungkin mengambil masa kerana semua pengeluar mendakwa menggunakan bahan semula jadi dalam produk mereka. Seperkara lagi, usah cepat terpengaruh dengan penampilan model atau jurucakap sesuatu produk kerana pemilihan mereka dibuat berdasarkan wajah dan kulit yang sememangnya cantik.

    Selain itu, jika produk yang diperkenalkan kepada anda tiada label bahan yang digunakan, talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat anda untuk mencubanya.

    Jadilah pelabur bijak kerana pelaburan dalam penjagaan kecantikan bukan hanya membabitkan wang, tetapi masa dan paling penting, kulit muka anda.
    Jangan jadikan muka sebagai medan melakukan ujian keberkesanan bahan terlarang kerana dikhuatiri kesan sampingannya kekal sehingga tua.

    Berdasarkan buku panduan Kosmetik dan Penjagaan Diri: Bahaya dan Kesan Sampingan terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, ada cara tradisional boleh digunakan untuk mencerahkan kulit iaitu menggunakan kuning telur, minyak jagung dan sedikit air sebagai topeng muka (masker).
    Selain itu, jus nanas segar boleh menaikkan seri kulit yang kusam. Caranya, rendam tuala muka ke dalam jus nanas (campur air jika terlalu pekat) dan letak tuala pada muka selama 15 minit.

    Kandungan enzim bromelain dalam jus nanas boleh melarutkan sel kulit mati yang menyebabkan pengumpulan lebih banyak sel mati di muka.
    Kaedah tradisional ini mungkin lambat menunjukkan kesannya, tetapi yang penting ia selamat dan bebas bahan kimia berbahaya.


    Cara mudah untuk kesan hidrokuinon adalah dengan memeriksa penutup toner atau krim malam. Sekiranya terdapat kerak-kerak coklat kehitaman pada penutup toner atau penutup krim malam, maka wujudlah hidrokuinon dalam kosmetik anda. Ataupun anda boleh tuang sedikit toner ke atas tisu/kapas muka dan biarkan terdedah kepada udara selama beberapa ketika dan toner itu akan berubah warna ke coklat. Hindarilah produk tersebut kerana dalam jangkamasa panjang ianya akan menyebabkan kanser kulit.

    Apa itu Hidrokuinon?


    Hidrokuinon adalah sejenis bahan kimia penghakis yang mempunyai struktur kimia C6 H6 O2 yang digunakan dalam kosmetik untuk menghakis melanin (pelindung semulajadi pada kulit)dan pengunaan yang berterusan akan menyebabkan hiper pigmentasi dan juga boleh menyebabkan kanser kulit. pilihlah produk yang selamat dan betul-betul bebas hidrokuinon.

    Dewasa ini, terdapat lebih daripada 60,000 produk kosmetik keluaran tempatan dan luar negara yang membanjiri pasaran. Namun, daripada jumlah itu, hanya 3,000 atau lima peratus sahaja berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna, 57,000 atau 95 peratus lagi produk kosmetik berada di pasaran tanpa berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih membimbangkan, ada di antara produk kosmetik berkenaan memaparkan logo halal dan kelulusan makmal antarabangsa pada kotak produk.
    Jadi, sebelum mengunakan sebarang produk kecantikan, sebaik-baiknya ambil tahu kandungan bahan yang terkandung dalam produk yang ingin digunakan dan pastikan ianya selamat tanpa kesan sampingan.
  • PRODUK KOSMETIK BERBAHAYA

    Setiap wanita impikan kulit yang halus, gebu dan cerah kerana ianya akan menyerlahkan kejelitaan seseorang dan tampak lebih menawan.  Tidak hairanlah jika wanita akan mencuba pelbagai jenama produk kecantikan di pasaran yang menjanjikan kulit gebu dan licin, putih, menanggalkan bintik hitam, jerawat, jeragat, kedut dan sebagainya. Banyak wang ringgit dibelanjakan untuk tujuan ini. Tetapi malangnya di dalam beberapa kes, muka bukan bertambah cantik tetapi menjadi rosak, lebih teruk dari yang asal. Dan yang lebih malang lagi kesihatan diri terjejas. Semuanya ini memang berlaku setiap hari kerana ketidakprihatinan pengguna memakai produk kecantikan yang tidak mendapat KELULUSAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).   

    Soalan : WALAUPUN DIHARAMKAN OLEH PIHAK KKM, KENAPAKAH PRODUK YANG MENGANDUNGI RACUN MASIH MENJADI PILIHAN RAMAI?
    Jawapan : Sebab-sebab utama kenapa produk beracun digemari adalah : 
    Produk yang mengandungi racun memberi kesan yang lebih cepat untuk memutih, menghilang jeragat, jerawat dan sebagainya. (hari ni pakai semalam nak cantik!!!) Pengguna yang tidak sabar pasti menyukai kesan yang cepat begini. Tetapi mereka tidak tahu, risiko kerosakan pada wajah dan kesihatan adalah sangat merbahaya.
    Harganya lebih rendah kerana bahan yang tidak berkualiti.
    Terpengaruh oleh iklan palsu yang hebat.
    Pengguna tidak tahu (naif) bahayanya racun dalam kosmetik.
    Sikap mengambil mudah untuk menjadi cantik di dalam jangkamasa yang pendek.


    Soalan : KENAPAKAH PRODUK BERACUN MEMBERI KESAN YANG LEBIH CEPAT DARI PRODUK YANG DILULUSKAN OLEH KKM?
    Jawapan : Kerana produk beracun menggunakan bahan aktif peluntur (baik pakai clorox je kat muka kan... lagi murah & cepat hasil...) yang kuat seperti hidrokuinon dan raksa yang bersifat menghakis/menipis.

    Soalan : APAKAH KESAN-KESAN YANG BERBAHAYA TERHADAP PENGGUNA APABILA MEMAKAI PRODUK KECANTIKAN YANG MENGANDUNGI RACUN-RACUN TERSEBUT?
    Jawapan : Kesan-kesannya amat menakutkan sekiranya anda sedar dan prihatin terhadap kesihatan. Secara amnya, bahaya racun-racun tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:
    HIDROKUINON 
    Iaitu racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi. Ia sebenarnya bahan peluntur filem, getah, rambut dan sebagainya. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis) dan menghalang pembentukan melanin. (Melanin adalah pigmen pada kulit sebagai pelindung yang berwarna gelap/coklat). Penghakisan melanin dengan cepat menyebabkan muka menjadi putih manakala parut dan jeragat boleh hilang. Ini menyebabkan ramai pengguna tertarik. Pada peringkat awal penggunaannya, ramai pengguna terpedaya kerana kulit menjadi putih dan jeragat boleh hilang. Sebenarnya  kulit yang putih oleh hakisan hidrokuinon tidak akan kekal lama kerana kulit muka akan kembali kepada warna asal oleh proses melanin tadi. Untuk terus kekal kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk berhidrokuinon dengan lebih banyak lagi.
    Penggunaannya yang berterusan mengakibatkan muka menjadi semakin nipis dan sangat sensitif, kemerahan, rasa pedih dan kesan seperti terbakar. Kulit akan menggelupas dan lapisan melanin sebagai pelindung kulit akan terus terhakis. Ini menyebabkan kulit tidak ada lagi daya pelindung mengakibatkan ia menjadi terlalu sensitif pada cahaya matahari, debu, asap, kekotoran udara dan sebagainya. Pengguna pula terus terperangkap dan terpaksa menggunakan produk yang beracun kerana jika penggunaannya dihentikan, kulit akan menjadi lebih gelap/hangus.  Akibatnya penipisan kulit terus berlaku sehingga merebak pada lapisan kedua (dermis) yang mengandungi saluran darah. Pada tahap ini, sama ada hidrokuinon terperangkap  di bawah kulit yang mengakibatkan kulit berbintil hodoh atau lebih malang lagi jika ia dipam oleh jantung ke seluruh tubuh yang akan merosakkan ginjal. Secara ringkasnya kesan buruk sekiranya anda memakai produk yang mempunyai hidrokuinon adalah:
    Kulit menggelupas, nipis, pedih, gatal, kemerahan dan sensitif. Jika tidak dirawat ia akan kekal menjadi hitam/gelap, bertompok dan kelihatan hodoh dan mudah terkena KANSER KULIT.

     Kulit yang nipis tidak mempunyai daya penahan, mengakibatkan wajah pengguna akan menjadi cepat tua.

    HIDROKUINON yang menyerap ke dalam saluran darah memberi kesan pada pertuturan, pendengaran, muntah, renjatan otot, sakit kepala, sawan dan koma.
    RAKSA/MERKURI. Iaitu logam berat yang sangat beracun. Seperti hidrokuinon, ia juga sebagai agen pemutih. Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana ia mudah terserap ke dalam saluran darah. Raksa boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak, memati sel darah dan mencacat janin.

    TRETINOIN/RATIN-A. Ia digunakan untuk menghalang atau merawat jerawat. Ia juga sangat bahaya kerana mengakibatkan kulit kering, rasa seperti terbakar, kulit menggelupas, kemerahan, sensitif dan juga mencacat janin.

    Soalan : BAGAIMANAKAH UNTUK MENGENALPASTI PRODUK YANG DILULUSKAN OLEH KKM?
    Jawapan : Di bawah 'PERATURAN-PERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK 1984', semua produk kosmetik hendaklah didaftarkan dengan BIRO PENGAWALAN FARMSEUTIKAL KEBANGSAAN (BPFK), KKM untuk diuji dan disahkan selamat, berkesan dan berkualiti sebelum ianya dipasarkan kepada pengguna. Produk yang diluluskan akan diberi 'NOTIFICATION NOTE' pada setiap item sebagai contoh NOT12345678K atau NO PENDAFTARAN MAL. Nombor-nombor ini kebiasaannya tercatat pada setiap botol atau kotak pembungkus setiap produk. Jadi anda boleh memeriksa sendiri kesahihan produk dengan melayari www.bpfk.gov.my.  Produk yang beracun juga boleh dikenalpasti apabila toner atau krim pemutih atau krim malam berubah warna menjadi hitam/coklat tua.

    Soalan : APAKAH BUKTI YANG BOLEH DILIHAT KESAN BURUK OLEH PRODUK  BERACUN/HIDROKUINON?
    Jawapan : Anda sudah pasti biasa melihat wajah pengguna yang kelihatan lebih putih dari badannya. Ini adalah peringkat awal pada kerosakan wajah. Anda juga pernah biasa melihat wajah pengguna yang kelihatan gelap, bertompok dan kotor. Ini adalah peringkat kerosakan semakin serius yang agak sukar dirawat. Kerosakan-kerosakan pada wajah amat mudah dilihat oleh semua orang tetapi kesan buruk pada kesihatan dan kecacatan janin, walaupun ianya terbukti berlaku, hanya doktor yang dapat mengesahkannya.

    Soalan : BOLEHKAH WAJAH YANG ROSAK OLEH PRODUK  BERACUN DIRAWAT DAN KEMBALI PULIH?
    Jawapan : Ya, Boleh.

    Soalan : APAKAH NASIHAT KEPADA PENGUNA?
    Jawapan : Adakah anda sanggup menerima risiko kerosakan wajah? Semestinya tidak, kerana wajah adalah aset yang sangat penting pada setiap wanita. Anda pasti tidak mahu wajah menjadi rosak oleh apapun sebabnya. Oleh itu anda hendaklah berpengetahuan, prihatin dan berhati-hati terhadap kosmetik yang terdapat di pasaran hari ini. Rampasan-rampasan produk kosmetik yang dibuat oleh BPFK dari masa kesemasa, membuktikan memang terdapat produk kosmetik yang beracun di pasaran kita. Artikel ini boleh dijadikan panduan untuk anda menjadi pengguna yang bijak. Untuk mendapat maklumat tambahan, anda boleh menghubungi BPFK, KKM, bahan bacaan di pasaran, melayari Internet dan sebagainya. JANGANLAH TERPEDAYA DENGAN IKLAN-IKLAN YANG HEBAT. Dapatkan dulu pengesahan dari BPFK iaitu pada setiap item produk kosmetik sebelum anda menggunakannya.

    sesetengah produk,bila di pakai pd kulit,,akan meresap masuk melalui salur darah,,terutama bila produk tu terlalu banyak bahan2 kimia,,bayangkan anda menyapu produk yg digunakan untuk mencuci filem kepada kulit anda,,bayangkan anda menyapu habuk kaca mentol lampu ke kulit anda...bayangkan produk tersebut mempeelingkan 7 lapisan kulit,,hinggakan melanin kulit pun jadi terlalu nipis,,sbb tu kulit cepat putih,,bayangkan cahaya matahari memantul terus pd dermis kulit,sbb 7 lapisan kulit dh x ada,bayangkan kerosakn pd dalaman kulit (maaf over,,psl dok study pasal kulit dgn doktor pakar ni,,sampai biul kepala,,bahasa saintifiknya,,tergeliat lidah)..jadi fikir-fikirkanlah





    Nasihat : Anda hendaklah  bersabar untuk menjadi cantik dengan selamat.  Teruskan  memakai produk yang selamat sehinggalah wajah anda sembuh kembali. InsyaAllah. Dapatkan khidmat nasihat dari Pakar Perunding anda.

    My mentor


    Utusan Online - ESSD Maimon Jaafar

    Mar 18, 2013

    Diagram Kulit



    Secara umumnya, kulit terbahagi kepada 3 bahagian teratas. Pertama dikenali sebagai epidermis, kedua dikenali sebagai dermis, dan ketiga dikenali sebagai hypodermis

    Epidermis, lapisan kulit yang teratas mengandungi 5 lapisan sel.

    Dermis, lapisan kulit yang berada bawah epidermis mengandungi 2 lapisan sel. Di sinilah letaknya elastin dan kolagen. Elastin dan kolagen membolehkan kulit kita melantun selepas dicubit, dipicit, ditekan. Apabila elastin dan kolagen rosak, kulit kelihatan kendur, nipis, kusam.

    Sememanganya bahagian kedua ini perlu dijaga rapi!

    Mar 10, 2013

    Untuk mereka yang mempunyai masaalah jerawat yang agak teruk



    Apakah Acne?

    Acne ialah pori-pori yang tersumbat iaitu apabila minyak yang terperangkap di dalam pori-pori kulit berterusan mengeluarkan minyak, pori-pori yang tersumbat semakin membesar dan akan berlakulah iritasi.

    Mary Kay Acne Prone Skin bertindak dengan menghalang aktiviti di atas daripada berlaku.
    Produk ini yang mengandungi 2% Salicylic Acids meresap ke dalam pori-pori dan bertindak menghalang lebihan minyak yang terperangkap, membantu menghilangkan jerawat dan mengawal pengeluaran minyak.

    Terdapat 3 set dalam produk ini.


    1.Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin RM70 
    2. Spot Solution For Acne-Prone Skin RM70
    3.Pore-Purifying Serum for Acne-Prone Skin RM80 

    Kesemua produk mengandungi bahan daripada tumbuhan Canadian Willowherb, Sea heather dan burdock root.

    Produk ini bertindak untuk menghalang daripada tersumbatnya pori-pori dan membantu mengurangkan lebihan minyak.

    Produk ini sesuai untuk mereka yang mengalami jerawat sederhana dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sekiranya anda mempunyai jerawat yang kronik, sila dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu atau ambil antibiotik untuk membunuh kuman.

    Jika anda mempunyai Acne,
    dan anda mahukan hasil dari MARY KAY, inilah Produk yang paling tepat.

    Hanya dalam masa 3 hari, kemunculan acne dapat dikurangkan dan diperbaiki.
    (Keputusan keseluruhan diperhati secara menyeluruh terhadap tahap acne semasa kajian secara klinikal yang diuji oleh makmal bebas dibawah perhatian ahli dermatologi.)

    Hasil dan keputusannya selepas 3 hari:-

    •Kulit bertambah sihat

    •Clarifying Cleanser menghilangkan lebihan minyak dan membuatkan kulit rasa bersih

    •Pore Purifying Serum dan Spot Solution menolong mengawal minyak dan kilatan tanpa meninggalkan rasa tegang dan kurang selesa serta mengurangkan benjolan jerawat.

    Hapuskan Parut Jerawat


    Hapuskan parut jerawat ( Petikan Utusan Malaysia 17/10/2010)

    PARUT jerawat membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik.------------------

    SALLY merenung ke bayangnya di cermin. Jerawat sudah sembuh hasil rawatan yang dijalani dengan bersungguh-sungguh. Selain berubat di klinik, dia juga rajin ke salon untuk mencuci mukanya. Tak cukup dengan itu dia turut mengamalkan rejim mencuci muka dan pemakanan sihat.Setahun yang lalu masalah jerawat bagaikan tragedi ngeri yang menimpa Sally. Syukurlah dengan teknologi perubatan moden maka mimpi ngeri tersebut sudah berakhir dan kini hanya tinggal kesan parut kehitaman. Baru-baru ini Sally datang bertemu saya. Dia bertanya sama ada parut parut tersebut dapat dipulihkan atau tidak.“Bagaimanakah cara terbaik bagi memulihkah parut. Jika ada apakah peratusan ia boleh pulih semula?” tanya beliau bertalu-talu.Semangat Sally tetap kental sebagaimana saya mengenalinya setahun lalu.Saya yakin Sally akan berjaya merealisasikan impiannya.




    Apakah sebenarnya parut jerawat?
    Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat . Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri . Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan. Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan. Rawatan awal Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit.

    Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepat kan proses remodeling kulit Jangan memicit jerawat atau parut jerawat . Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat. Rawatan parut jerawatDengan kemajuan teknologi laser dermatologi/ aesthetic , kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida ) atau Erbium Yag. Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser. Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori pori muka kelihatan lebih halus.


    Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara enam ke lapan minggu. Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja . Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.



    Saya boleh memberi beberapa tip dan panduan untuk remaja yang mempunyai masalah jerawat.

    1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai antioxidan yang tinggi .
    2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan

    3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

    4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur .

    Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit. Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka. Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan microdermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut. Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak tiga ke lima sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.

    Kenali Kulit Muka Anda


    Sebelum kamu membeli apa-apa bahan kosmetik, kamu mesti kenal jenis kulit kamu terlebih dahulu. Pemiliham produk kosmetik yang tepat dengan kulit kamu akan memberikan kesan solekan yang menarik dan tahan lebih lama.


    Secara umum, jenis kulit normal dapat menggunakan pelbagai produk kosmetik. Namun bagi kamu yang memiliki kulit jenis sensitif, berminyak atau kering, perlu berhati-hati untuk memilih produk kosmetik yang sesuai. Faktor persekitaran seperti keadaan cuaca dan udara seperti panas matahari, debu, bahan kimia dan pencemaran juga perlu diambil kira untuk mendapatkan kosmetik yang sesuai dengan kamu. Jika kamu tersalah pilih, kamu akan mengalami masalah iritasi pada kulit.


    Ciri-ciri Kulit Normal:

    - Tegang dan lembut
    - Tidak kering dan juga tidak berminyak
    - Liang pori tidak besar
    Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder), krim dan gel


    Ciri-ciri Kulit Kering:

    - Terasa kasar dan kusam
    - Liang pori rapat dan tidak berminyak
    - Liang-liang pori kelihatan berkedut
    - Mudah iritasi apabila keadaan persekitaan panas atau sejuk
    Produk yang sesuai – jenis krim atau pelembap yang membuatkan kulit lebih lembap dan juga produk yang disapukan dapat menyerap lebih lama


    Ciri-ciri Kulit Berminyak:

    - Kelenjar minyak sangat aktif, kulit selalu nampak berrkilat
    - Liang pori kelihatan besar
    - Mudah ditumbuhi jerawat
    Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) dan gel yang mudah menyerap minyak


    Ciri-ciri Kulit Kombinasi:

    - Daerah T kelihatan berminyak tetapi bahagian dagu dan pipi kelihatan normal atau kering.
    Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) atau pelembap


    Ciri-ciri Kulit Sensitif:

    - Mudah iritasi dan nampak kemerahan
    - Mudah alah terhadap produk kecantikan
    Produk yang sesuai – segala jenis produk yang bebas daripada wangian, pewarna dan pengawet

    Masalah pori kasar, parut jerawat, garis halus,Selesaikannya dengan Microdermabrasion.


    Mary Kay Timewise Microdermabrasion.mempunyai 2 rangkaian iaitu :

    Step 1: Refine
    Step 2: Replenish

    Klau nak dicerita tentang keajaiban produk nie mmg byk..Ann try aritu mmg menakjubkan...pori2 mmg mengecil.kulit jadi sungguh cantik ,licin n lembut..amat mengagumkan la.....
    Produk ini menggunakan hablur aluminium oksida yang sama digunakan oleh ahli dermatologi. Proses ini selalunya dilakukan di salon kecantikan ataupun di klinik rawatan doktor. Kini kamu boleh lakukannya sendiri di rumah pada bila-bila masa kamu suka. Kamu akan dapat lihat hasilnya dengan segera. Ia melawan garis-garis halus, mengecilkan pori dan kamu mendapat kulit yang cantik licin serta-merta. Malah dalam satu kajian pengguna, 64% pengguna melihat perubahan segera pada kulit mereka. Kamu akan mendapat faedah yang lebih baik sekiranya kamu menggunakannya secara konsisten. produk ni boleh dugunakkan bila2 masa(malam).Boleh dipakai 2 @ 3 kali seminggu selepas mencuci muka tp x SESUAI DIPAKAI SETIAP HARI.Set ni sesuai sgt utk kulit kusam n parut jerawat...


    Step 1: Refine. Ia adalah bahan penyingkir termaju yang menggunakan kristal penyingkir bergred profesional yang sama yang digunakan oleh para dermatologi, dapat mencergaskan kulit dan memberi kamu kulit yang sihat berseri.

    Step 2: Replenish ini yang membezakannya dengan microdermabrasion lain yang ada di pasaran. Ia adalah sejenis serum, mengandungi vitamin, antioksida dan anti-radang. Ia menyuburkan lagi kulit yang sudah dilembutkan dan dilicinkan oleh Step 1: Refine.

    Berminat?

    call Ann 0123010699 untk maklumat lanjut.........

    Info



    Menurut Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang dijual di jalanan sebenarnya amat menakutkan kita.

    “Kajian CAP mendapati kandungan raksa di dalam produk tertentu melebihi dua peratus manakala hidrokuinin yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.5 peratus daripada bahagian persejuta,” katanya.

    Hidrokuinin ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit.

    Lebih membimbangkan, ada di antara produk tersebut menggunakan lemak babi. 

    Justeru, tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 terhadap peniaga yang didapati menjual kosmetik palsu serta produk berbahaya tersebut secara terbuka.

    Tambah Hatijah, pihak berkuasa sentiasa tegas dalam hal ini kerana penjualan kosmetik tiruan atau barangan palsu lain jelas bertentangan dengan akta tersebut.

    “Peniaga yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

    Tambah beliau, pemilik kilang atau syarikat yang didapati bersalah mengeluarkan barang tiruan termasuk kosmetik, boleh didenda sebanyak RM250,000.

    FAHAMI label kandungan sebelum membeli


    KANDUNGAN belum tentu selamat dan cara pemprosesan turut diragui menjadikan produk kosmetik jalanan seumpama bom waktu kepada mereka yang gemar menggunakannya.

    Demikian tegas pensyarah Jabatan Farmakognosis/Kimia Farmaseutikal di Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Dr. Zhari Ismail. Beliau meminta masyarakat menyedari bahaya menggunakan produk itu.

    Sebab itulah amat penting bagi pengguna memilih produk yang didaftarkan.”

    Keberkesanan dan keselamatan ubatan atau dadah, ujar beliau, terutama yang dipasarkan secara terbuka di luar farmasi haruslah mengikut piawaian dan selamat digunakan.
    Seandainya dibeli di kaki atau pengedar yang tidak diketahui kesahihannya, pelbagai kesan akan timbul malah kadangkala boleh membawa maut.

    Di samping itu, pencemaran bahan dan penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal akan memberi kesan terhadap kesihatan walaupun herba atau ubat tersebut telah digunakan turun-temurun.

    “Di jalanan, soal pembungkusan waima asal-usul pengeluar produk tidak dapat dikenal pasti malah harga yang ditawarkan belum tentu berbaloi dengan kesan jangka panjang penggunaan produk tersebut,” jelasnya.

    Tambah Zhari lagi, secara am, sekiranya maklumat mengenai bahan serta identiti pengeluar tidak disertakan bersama produk, ia menandakan seolah-olah syarikat tersebut cuba ‘menyembunyikan’ sesuatu.

    “Bahan seperti asid, raksa atau logam berbahaya seringkali digunakan dan kita tidak mahu pengguna terus tertipu dengan produk jalanan ini,” tegasnya.

    Selain raksa, plumbum di dalam produk jalanan, lemak babi pun ada 

    KOSMETIK didefinisikan sebagai sebarang inti bahan atau persediaan khusus untuk dihubung dengan bahagian luaran tubuh bagi tujuan membersih, mewangi, mengubah atau membetulkan keadaan.

    Bahagian terbabit termasuk sistem kulit, rambut, kuku, mulut atau organ kemaluan. Bahan berkenaan juga dihasilkan untuk melindungi atau memastikan badan berada dalam keadaan baik.

    Namun keghairahan beberapa pihak dalam mengeluarkan serta memasarkan produk kecantikan mungkin mengundang bencana apabila kandungannya tidak mengikut piawaian pihak berkuasa.

    Racun kecantikan - Produk kosmetik kaki lima nipiskan kulit muka


    21
    *** Petikan Kosmo***




    “TIDAK sampai tiga hari guna krim tersebut, muka saya mula mengelupas dan pedih setiap kali terkena air,” ujar Sarah (bukan nama sebenar) sebak.

    Lebih memeritkan apabila tompok-tompok merah sebesar tapak tangan bayi jelas kelihatan di wajahnya hinggakan beliau sentiasa tertekan apabila perlu berjumpa dengan orang ramai.

    “Lepas dua bulan, suami saya suruh berhenti menggunakan produk itu bila keadaan wajah saya jadi lebih teruk. Namun walaupun telah berhenti, kesannya masih ada,” luah Sarah yang menjadi mangsa produk kecantikan jalanan.

    Bagi Nazlim (bukan nama sebenar) yang turut menjadi mangsa produk jalanan ini, situasinya lebih buruk apabila mukanya membengkak selepas seminggu memakai sejenis krim malam.

    “Bahagian mulut dan mata bengkak sampaikan saya tidak boleh bercakap kerana terlalu sakit di bahagian mulut,” katanya.

    Sarah, Nazlim malah ratusan lagi mangsa yang tertipu dengan produk kecantikan yang dijual dengan berleluasa di kaki lima mahupun secara langsung, kini berada dalam dilema apabila kecantikan yang diinginkan bertukar sebaliknya.

    Tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa kaki lima sekitar ibu negara terutama Kota Raya, Chow Kit dan Masjid India memberi gambaran betapa penjualan produk kecantikan ini semakin meningkat.

    Di sekitar Kota Raya sahaja, kira-kira 30 peniaga produk kecantikan menjual barangan daripada pelbagai negara seperti Thailand, Filipina, Indonesia dan juga buatan tempatan.

    Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat dan jeragat serta krim malam turut dijual pada ‘harga berpatutan’.

    Namun meskipun produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

    Wanita-wanita warga asing ini cukup licik. Antara cara melindungi produk mereka daripada dirampas ialah dengan memberi barangan itu tanpa kotak kepada pelanggan.

    Kotak itu sebaliknya disimpan di dalam sebuah beg khas dan tidak sekali-kali diberikan kepada pembeli.

    Penjual dipercayai cuba menyembunyikan sesuatu dan cara ini mungkin strategi mengurangkan kerugian apabila diserbu oleh pihak berkuasa.

    Golongan pembeli yang terdiri daripada warga asing dan tempatan tidak terlepas daripada dipengaruhi mengunakan produk ini.

    Menyentuh mengenai harga, barangan penjagaan wajah tersebut dijual kadangkala mencecah sehingga RM100. Di sesetengah tempat pula hanya RM5 bagi satu produk.

    Seorang peniaga di situ mendakwa, produk yang dibekalkan dari Indonesia itu digunakan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan.

    “Orang Melayu, Cina, Bangladesh atau Filipina sekali pun ada yang membeli produk ini dan ia bergantung kepada kepandaian peniaga memujuk,” ujar wanita dari Filipina yang hanya mahu dikenali sebagai Charmine.

    Charmine yang telah meniaga di Kota Raya selama lima tahun memberitahu, pada mula dia hanya membantu seorang rakannya. Namun apabila melihat sambutan yang menggalakkan, dia terus menjualnya sendiri.

    “Pelanggan tidak kira lelaki atau perempuan namun barangan dari Indonesia memang laris,” katanya.

    Pembungkusan diragui

    Mar 7, 2013

    Penyebab kulit kering

    Antara penyebab kulit kering secara ringkasnya, selain baka kita, gaya hidup dan keadaan semula jadi juga menjadi penyumbang utama kulit menjadi kering.

    1) Cuaca (perubahan cuaca). 

    Walaupun negara kita cuacanya tetap hujan dan panas, tetapi jika kita sering berpanas, kulit tetap boleh menjadi kering. Apabila kita ke negara yang cuacanya panas, ataupun kering, boleh juga menyebabkan kulit menjadi kering. Jadi ingatlah, apabila kita keluar negara, sentiasa bawa losyen yang kaya dengan hidrasi ataupun air. Kadang-kala pelembap yang sesuai di negara kita, kurang sesuai di negara orang.

    2) Mandi.

    Kurangkan kekerapan mandi air panas, ataupun berendam dalam air panas. Terlalu lama mandi ataupun berendam menjadikan kulit kering juga. Bagaimana ini berlaku? Sebenarnya terdapat selapisan nipis minyak pada permukaan badan. Mandi atau berendam terlalu lama (sehingga kulit menjadi kecut) akan menyebabkan lapisan nipis minyak ini terbuang. Hasilnya - kulit menjadi kering.

    3) Sabun.

    Buih sabun juga antara penyebab hilangnya lapisan minyak itu. Gunalah shower gel ataupun shower cream yang melembapkan. Kini terdapat banyak dijual di kedai-kedai. Cari saja pembersih badan jenis ini yang membersihkan kulit serta melembapkan kulit.

    4) Berus badan.

    Terlalu kuat menyental badan dengan berus badan menyumbang kepada masalah kulit kering. Guna saja jari anda untuk menggosok badan. Elakkan  berus badan ataupun kain jika mahu menyental badan. Jalan paling selamat, gunakan body scrub.

    5) Sapu losyen badan sesudah selesai lap badan. Elakkan mengelap badan dengan menonyoh kain sal ke badan. Sapu lembut-lembut saja. Selepas itu, terus sapu losyen.

    6) Faktor usia.

    Semakin usia meningkat, kulit menjadi semakin kering. Ini satu masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi dapatkan penyelesaian seperti yang tertulis di atas.

    7) Salah guna produk

    Ini kerap berlaku kepada anda yang pernah menggunakan produk menghakis ataupun memutihkan kulit. Bahan kimia yang membolehkan perubahan kulit cepat licin dan cepat putih ini menjadi penyumbang utama keadaan kulit anda huru-hara, sekejap kering, sekejap berminyak.

    Ini antara 7 sebab yang menyumbang kepada masalah kulit kering. Sebagai langkah pertama, anda hanya perlu ubah gaya hidup anda.

    Saya sudi membantu dan memberi konsultansi percuma.

    Hubungi saya 0123010699