Apr 21, 2015

Lawatan ke Kilang Go Auto Manufacturing Sdn Bhd di Gurun Kedah Malaysia.

Assalam, pada 20/4/2015 saya mendapat jemputan melawat ke sebuah kilang pembuatan food truck iaitu Go Auto Manufaturing Sdn Bhd di Gurun, Kedah. 

Lawatan tersebut anjuran Koperasi Kuala Muda, Kedah membawa sekumpulan usahawan daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor. Selain dari lawatan pihak penganjur juga mengadakan sessi business matching untuk menjana pendapatan usahawan IKS di sini. Sewaktu di kilang Go Auto saya menyaksikan 20 buah food truck terjual dan 1 buah food truck (siap dengan aksesori) yang dilelong dengan harga RM12,000 direbut oleh peserta dan dibayar secara tunai.

Tentu anda teruja dan terpegun melihat food truck ini di reka khas mengikut perniagaan anda, sudah pasti anda juga ingn memilikinya juga! Dengan adanya food Truck seperti ini lebih memudahkan anda menjalankan perniagaan kemana-mana sahaja.
Banyak lagi sebenarnya tawaran istimewa oleh kilang yang tamat semalam. Alhamdulillah, banyak manfaat dan kelebihan bila berurusan dalam kumpulan.
Adakah kumpulan anda berminat untuk membuat program yang sama? Jika ya, sila hubungi 0123010699 untuk saya berikan maklumat lanjut 



No comments: