May 6, 2015

Sungai Petani - Zoo Taiping - Marina Island Pangkor

Assalam, selepas beberapa hari baru sempat nak share cerita holiday. Macam biasa sibuk dengan aktiviti harian. Sempena cuti hari Pekerja dan Wesak Day yang lepas (Sabtu 2 Mei 2015) kami sekeluarga melawat ke Zoo Taiping, melihat gelagat haiwan-haiwan serta flora dan fauna. Menaiki keretapi, sungguh teruja anak-anak kecilku melihat pelbagai jenis haiwan disitu. Ohh! Kebetulan sebelum memasuki Zoo Taiping terjumpa artis Malaysia kita kak Noraniza Idris. sungguh cantik dan peramah orangnya. Mereka mengadakan persembahan disitu. So apa lagi kasi posing la sikit! hahahhaa........ 

Setelah setengah hari di Zoo Taiping, kami meneruskan perjalanan ke Lumut, Perak.

Tujuan asal ke Lumut adalah menghadiri majlis perkahwinan anak saudara mak mertuaku pada hari ahad keesokan harinya. Jadi kami bermalam di Marina Island Pangkor. Aktiviti waib adalah mandi laut dan pool, walaupun sebuah percutian yang singkat tapi menggembirakan hati anak-anakku serta dapat meluangkan masa bersama keluarga.


My hero Muhammad Danial

Rina, Danial bersama sepupu-sepupunya.

view 0700 am, dari tingkat 4

kenal tak? 

Zoo Taiping

No comments: