May 24, 2015

Luxury Hamper Raya 2015 Sungai Petani Kedah Malaysia 0123010699

Ramadan dan Syawal bakal tiba, tentu anda sudah mula mencari hadiah kepada pelanggan-pelanggan tetap atau VVIP anda bukan? Ann ada membuat servis hamper, harga jangan risau mengikut budget anda. ** Free delivery mengikut kawasan ye. 






Kursus Bisnes Ethik, Personality dan Protocol anjuran MARA Negeri Kedah

Assalam, Alhamdulillah diberi peluang menyertai kursus Bisnes Ethik, Personality dan Protocol anjuran MARA Negeri Kedah di Langkawi pada 21- 23 Mei 2015 yang lalu. Sangat gembira dapat bertemu dengan Usahawan-Usahawan daripada pelbagai bidang.

Actually dah beberapa kali ke Langkawi so takde la teruja sangat, hahahhaa... cuma yang best sebab kali ni pergi bersama rombongan mak jemah so sangat-sangat fun dengan pelbagai kerenah, keletah.. Walhal semua kawan baru tp akrab macam adik beradik! Nak celoteh banyak pun idea kering, so uols jamu je lah mata tengok pic iols ni ye,, banyak lagi pic nanti ann kongsikan lagi.

Diharap pihak MARA Negeri Kedah akan menganjurkan lagi kursus lain untuk membantu para Usahawan seperti kami untuk memperbaiki diri juga memperhebatkan personality masing-masing. 



Sebelum menaiki feri di Kuala Kedah.

Pemandangan pagi sepanjang perjalanan dari rumahku ke Jeti Kuala Kedah.

Tiba di tempat penginapan

Penceramah kami Datin Ira Ghani

aktiviti malam selepas kelas

Pantai Chenang

sebelum naik van pun sempat posing ok!

tengok adik comel belakang tu jual gigi..hahahhaa

Alhamdulillah, Sijil tamat kursus diserahkan oleh Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah



May 19, 2015

GROOMBIG Internet Entrepreneurship Program di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah Ann terpilih meengikuti program ini selama 3 hari, Program GROOMBIG ini anjuran TERAJU kerjasama MDEC dan Innovasia. 




Sambutan Hari Ibu di Emerald Puteri Hotel Sungai Petani, Kedah Malaysia.

Assalam, sambutan Hari Ibu yang di sambut meriah di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani Kedah Malaysia yang lalu sungguh meriah. Ann juga diberikan tugas oleh pihak FAMA untuk memberi beberapa buah MOKLA Hamper untuk dijadikan hadiah kepada tetamu. Di bawah adalah beberapa hasil MOKLA Hamper yang telah di sumbangkan kepada pihak hotel. Sebarang tempahan, sila hubungi Ann 0123010699 ye. Harga mengikut budget anda dan semua adalah produk-produk Usahawan IKS.


Bunga rose segar sebagai hadiah buat ibu




May 18, 2015

Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan Negeri Kedah

Assalamualaikum, aktiviti 15 Mei 2015, Pagi Jumaat seperti biasa acara senamrobik di depan rumahku, di Taman Lembah Bujang, Start 0800- 0915 pagi, After that balik rest, then bersiap ke Alor Setar untuk temujanji bersama General Manager The Regency Hotel, hari ni bawa anak-anak bersama sebab after meeting nak pergi Festival Hari Guru di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti. Pelbagai aktiviti di Festival tersebut, tak larat nak tulis. yang paling best dapat berjumpa ramai rakan-rakan berniaga. Pelbagai produk Usahawan IKS di pamerkan. Setelah seharian berjalan kami pun pulang, sebelum itu sempat lagi tapau burger di Taman University, Semeling. Rakanku juga, memang superb la burger dan roti john beliau, uols wajib try!

Sampai rumah anak-anak pun sudah keletihan, kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan kan. Walaupun hakikat sangat letih melayan anak-anak tapi aku seronok bila anak-anak depan mata. Kalau boleh kemana-mana nak bawa anak-anak bersama.



Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan Negeri Kedah.

The superb burger and roti john



Jemput join kami setiap JUmaat

May 7, 2015

JOM Sihat bersama kami di Taman Lembah Bujang, Merbok Bedong Kedah

Assalam, Di jemput semua wanita yang berdekatan menyertai acara senamrobik bersama kami, tenaga pengajar daripada Persatuan Kecergasan Kuala Muda Kedah. 



May 6, 2015

GroomBig Internet Entreprenuership di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Assalam, pertama kali menjejakkan kaki ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ini sungguh teruja, dekorasi di dalamnya sangat menarik. Dengan pancaran cahaya lampu yang indah, sejuk mata memandang. 
Sebenarnya Ann kesana tadi kerana menghadiri seisi taklimat dan interview program GroomBig Internet Entrepreneurship kerjasama bersama Syarikat Innovasia. So terpilih atau tidak kita tunggu la jawapannya ye. Harap-harap terpilih sebab Ann memang nak belajar lebih lagi tentang pemasaran Internet ni.




Karnival SME Thailand Malaysia, Alor Star Kedah Malaysia.

Assalam, Karnival SME Thailand Malaysia telah diadakan di Jalan Suka Menanti, Alor Star Kedah. Ann sempat meluangkan masa bertemu sahabat-sahabat Usahawan yang menyertai karnival tersebut. Banyak lagi gambar menarik yang akan Ann kongsikan ye. 

Sememangnya karnival seperti ini sangat membantu Usahawan SME memperkenalkan produk atau servis disamping mengeratkan serta menjalinkan hubungan perniagaan bersama.



Kenal tak?


Sungai Petani - Zoo Taiping - Marina Island Pangkor

Assalam, selepas beberapa hari baru sempat nak share cerita holiday. Macam biasa sibuk dengan aktiviti harian. Sempena cuti hari Pekerja dan Wesak Day yang lepas (Sabtu 2 Mei 2015) kami sekeluarga melawat ke Zoo Taiping, melihat gelagat haiwan-haiwan serta flora dan fauna. Menaiki keretapi, sungguh teruja anak-anak kecilku melihat pelbagai jenis haiwan disitu. Ohh! Kebetulan sebelum memasuki Zoo Taiping terjumpa artis Malaysia kita kak Noraniza Idris. sungguh cantik dan peramah orangnya. Mereka mengadakan persembahan disitu. So apa lagi kasi posing la sikit! hahahhaa........ 

Setelah setengah hari di Zoo Taiping, kami meneruskan perjalanan ke Lumut, Perak.

Tujuan asal ke Lumut adalah menghadiri majlis perkahwinan anak saudara mak mertuaku pada hari ahad keesokan harinya. Jadi kami bermalam di Marina Island Pangkor. Aktiviti waib adalah mandi laut dan pool, walaupun sebuah percutian yang singkat tapi menggembirakan hati anak-anakku serta dapat meluangkan masa bersama keluarga.


My hero Muhammad Danial

Rina, Danial bersama sepupu-sepupunya.

view 0700 am, dari tingkat 4

kenal tak? 

Zoo Taiping

Mokla Hamper, Produk Usahawan IKS Kedah Malaysia

Assalam, anda pernah buat hamper? atau pernah dapat hamper? Apakah agaknya isi di dalam hamper tersebut? Nak tak buat hamper ekslusif? Pernahkah anda terfikir produk Usahawan kita juga boleh dijadikan hamper? Selain daripada aneka kuih-kuih tradisional, kita juga ada pelbagai jenis biskut, rempah ratus, sos, kicap, mayonis yang sangat sedap untuk dinikmati setanding produk antarabangsa. Tentu anda teruja kan? Jika anda nak cuba sila hubungi saya Ann 0123010699, saya akan sediakan hamper Mokla mengikut budget anda.

Selain itu saya juga ada membuat door gift, complimentary gift dan hantaran. Produk Usahawan IKS ini juga sesuai untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu anda. Atau untuk dijadikan hadiah sempena hari Guru, hari Ibu dan hari-hari istimewa yang lain. Juga sesuai dijadikan hadiah buat ibu tunggal, anak-anak yatim untuk sebarang program bagi Agensi kerajaan atau swasta.