Dec 28, 2014

Selamat menyambut tahun baru 2015, Mary Kay Sungai Petani Kedah Malaysia

Assalam. pejam celik, pejam celik lagi beberapa hari kita akan masuk ke tahun baru, tahun 2015. Pelbagai berita, kisah sedih pilu gembira tawa suka dan duka sepanjang tahun ini kan? Negara kita di uji dengan pelbagai peristiwa. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa, usaha dan tawakal. Ann juga begitu dalam kehidupan harian, suka duka pahit manis telah dilalui dengan tabah,sabar dan yang penting kena ceria selalu. Adat la kan asam garam kehidupan. 
Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun menceburi bidang perniagaan, nama Ann Fahmy dan Lady Legacy mula dikenali. Khususnya buat kaum wanita yang mempunyai masalah kulit wajah ataupun yang ingin menyertai kelas-kelas skin care atau mekap yang Ann anjurkan. Alhamdulillah rezeki Allah swt tak pernah putus-putus.

Apa azam baru anda semua? 
Azam Ann nak buat lebih banyak kelas skin care dan mekap, Ann nak semua wanita. gadis tahu cara cuci wajah yang betul, cara apply mekap yang betul.. untuk apa? untuk diri sendiri la kan, untuk pastikan kebersihan kulit wajah kita sihat secara semulajadi. Bila kulit sihat kan bagus, mesti orang sekeliling puji dan nak tau rahsia penjagaan kulit wajah anda.. seronok tau bila kulit sihat,,,, Dan untuk tahun baru semoga rezeki bertambah, Ann mencari rezeki untuk anak-anak disamping ingin menyara adik bongsu yang masih belajar. Tahun 2015 ni adik akan mengambil Spm, so harap sangat adik belajar bersungguh-sungguh. Juga semoga Allah permudahkan niat Ann untuk membawa adik-adik menunaikan Umrah. Rindu sangat nak pergi Mekah lagi, 

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang kelas skin care or mekap class boleh la hubungi Ann ye 0123010699, InshaAllah ann akan jawab..

No comments: