Apr 28, 2014

Anda ada KEMAHIRAN dan PENGALAMAN KERJA tetapi tidak mempunyai SIJIL?

Tahukah anda bahawa kemahiran dan pengalaman yang anda miliki boleh ditukarkan menjadi kelayakan formal yang diiktiraf?
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Merupakan kaedah untuk memberi pengiktirafan formal kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan bahawa mereka telah mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran seperti yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang terkini. Kemahiran dan pengetahuan akan dinilai berdasarkan SKPK yang dipilih. Sistem pensijilan ini menyokong Pembelajaran Sepanjang Hayat.
• kamahiran dan pengetahuan diukur mengikut kompetensi yang digariskan dalam SKPK • penganugerahan sijil adalah berdasarkan SKPK yang terkini.
Mengapa perlu dapatkan PPT? • peluang untuk mengiktirafkan pencapaian terdahulu di samping motivasi untuk lebih memajukan diri • bidang pekerjaan memerlukan kelayakan formal (sijil yang diiktiraf) • peningkatan kerjaya dalam industri pekerjaaan • peluang yang lebih luas untuk bertukar kerjaya dan mendapatkan kemahiran lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi
Mengapa majikan perlu mendaftarkan pekerja mereka untukk PPT? • mendapatkan pekerja yang berpotensi baik untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat • salah satu bentuk anugerah dan pengitirafan kepada pekerja. Menggalakkan pekerja lebih komitted kepada tugas mereka • mengenalpasti kemahiran lanjutan yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi kerja dalam organisasi syarikat
Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK) merupakan badan yang bertanggungjawap akan mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan yang anda miliki berdasarkan pengalaman yang telah anda lalui.
Siapa yang boleh memohon? Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengabil kira bila, bagaimana dan di mana ianaya diperolehi samada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup atu pun latihan (formal atau tidak formal)
Laluan Pengiktirafan :
1. Permohonan – Penilaian – Verifikasi - Penganugerahan SIJIL

Saya bantu anda 0123010699

No comments: