Kita manusia tidak pernah lari dari masalah sama ada kecil mahupun besar. Walau bagaimanapaun setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Pelbagai cara yang boleh diusahakan bagi menyelesaikan masalah mengikut kemampuan masing-masing. Namun ada yang tidak tau bahawa dengan kata-kata juga mungkin dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah dan juga dapat mengurangkan kekusutan anda.
Jadi disini kita kongsi Kata-kata himah, mutiara kata dan juga kata-kata semangat bagi membangkitkan semangat dan motivasi anda untuk menempuhi cabaran dan dugaan mendatang.
1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
No comments:
Post a Comment